Project Details

MTUNConnect

Where Inventors Meet Investors

Project Details

RM30,000.00 Fixed Price
111 days

Details

  • Bilah turbin angin yang aerodinamik ini akan mengoptimumkan penghasilan tenaga elektrik dari sumber angin yang ada di persekitaran. Sudut bilah yang statik pula akan menghasilkan pergolakan angin dan mengalirkan angin terus ke bilah yang berputar. Justeru itu, teknik ini akan merendahkan daya kilas mula yang tinggi bagi penjana elektrik yang selalunya bermasalah terutamanya apabila angin persekitaran perlahan.
  •  

    Selain itu, sistem turbin angin ini juga dilengkapkan dengan  pergerakan bantuan magnetik (MAM) yang akan  memudahkan pergerakan penjana elektrik hasil tolakan dan tarikan daya magnetik. Seterusnya, bilah akan mudah berputar untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan daya inersia hasil daripada sistem MAM tersebut.

  • Turbin angin ini boleh dipasang untuk membekalkan tenaga elektrik bagi aplikasi berikut:
  1. Kawasan perumahan dan perkampungan yang jauh daripada sambungan grid.
  2. Membekalkan tenaga elektrik yang boleh diharap di sekolah-sekolah dan klinik kesihatan bagi kelangsungan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.
  3. Sistem hibrid bersama solar PV, sel bahan api dan lain-lain sumber tenaga boleh baharu bagi pelbagai aplikasi untuk sistem berdiri sendiri contohnya menara telekomunikasi dan pusat pemerolehan data.
  4. Bot-bot nelayan dan kapal layar.
  5. Bangunan-bangunan sarang burung walit yang biasanya jauh di pendalaman dan kos sambungan bekalan elektrik yang mahal.
  6. Pendapatan sampingan bagi golongan petani yang mengusahakan sawah padi.
  7. Memberikan imej tenaga hijau kepada bangunan-bangunan kerajaaan dan komersil sesuai dengan kempen kepimpinan melalui teladan. Turbin angin ini sesuai untuk dipasang di atas tanah dan juga di atas bumbung.

Proposals (0)

Please login to view this project proposals.

Clarification Board (0)

Clarification Board

Leave a Reply

>

Pintors (Location Identifier created to identify location of scholarly research project online)

, Baharudin, N. H., Nizar, T. M., & Ali, R. (2018). NHANZ: Enhanced Vertical Axis Wind Turbine. Bangi, Selangor, Malaysia: MTUN Research Repository. QOI: 60.43650.2018-MTUNConnect.N747441
QOI (Quick Object Identifier created to identify a piece of scholarly research project online)
Visit QOI International Consortium.

Save Filter
×